Monday, February 28, 2011

Emmmmm....wanginyaaa

Apabila melalui kawasan Taman Herba di Tasik Perdana ini macam-macam herba kita boleh bau. Bukan bau je tapi macam-macam jenis pokok herba kita boleh tahu. Kadang-kadang kita tahu pokoknya saja tapi namanya kita tidak tahu. Jadi di sini kita boleh belajar dan ambil tahu...

Sunday, February 27, 2011

white color trends

If we see now many people are choosing white color for decorative items, mobile phones, motorcycles, cars and etc .




Gambar : Diambil di Hentian Taiping, ketika perjalanan Pulang dari KL ke Kedah.

Hershey kisses chocolate ..

Hershey kisses chocolate in a white bowl for hantaran engagement. Decorated with plastic flowers and white theme.




Gambar :  Diambil semasa pertunangan Cik Isma Bukit Pinang, Kedah.
 

Baby on Big Shovel

Aqim pulled by his mother around the house that is under construction.



Gambar : Aqim, diambil disekitar rumah di Jitra, Kedah.

Saturday, February 26, 2011

Kenapa aku saja yang kena???


Nak cakap macam mana pun tak tau..nak marah ke, nak sedih ke, nak geram ke atau pun nak gelak, hmmm. Baru je hari jumaat haritu aku dah selesaikan semua saman kereta aku, tetiba harini aku keluar pergi main bowling dengan member aku kat Time Square, aku park  motor kat bawah tu kena saman pulak. 

 ( sekadar gambar hiasan )

Ok aku terima sahaja kalau dah itu kesalahan yang aku lakukan tapi yang pelik dan buat darah aku naik tu, member aku park motor dorang sebelah motor aku je. Tapi kenapa motor aku sahaja yang kena saman, dorang tak kena?? Ini yang memusykilkan aku. Tak kan sebab motor aku nampak ala-ala motor racing dan motor dorang nampak standard jadi motor aku di chop motor mat rempit dan disaman...Pelik-pelik... Tapi kalau betul la sebab tu dimana keadilan yang dikatakan.

(sekadar gambar hiasan)





Gambar : Google

Red Bougainvillea

Pantun 4 kerat :
Pak Mit accident luka parah,
Ingat langgar gajah, tapi burung tempua,
Dihidangkan bougainvillea merah,
Untuk tonton anda semua.



Gambar : Depan rumah, Jitra Kedah.

Join Mukablog!


Ingatkan harini mau pergi jogging, tapi memandangkan badan pun kurang sihat jadi bersenam dirumah je la jawabnya. Bersenam dengan my lappy...hehehe 

Sambil melayan sinar.fm, membelek-belek blog untuk penambahbaikan & blogwlking . Untuk menambahkan lagi kenalan2 blog, arini aku join FACEBLOG. Kat bawah ni tujuan FACEBLOG ini ditubuhkan :


TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.




Jadi tunggu pe lagi blogger-blogger, terjah dan join la!! :)

Friday, February 25, 2011

Mau tambah traffic blog???


Kalau macam tu, tunggu pe lagi abang-abang, kakak-kakak & adik-adik sila la join SYOKNYER BLOGGING!! Untuk maklumat lebih lanjut tentang SYOKNYER BLOGGING sila klik gambar dibawah ye...makasihhhhh!!! 



Friday morning....

" The truth about life is it just move on, No matter what happens it never waits. It is up to u to decide to move on with it or stay stagnated brooding over the past. "

Bak kata pepatah tepuk dada tanyalah minda. Mohon pada pencipta kita agar dipermudahkan segalanya.



Gambar : Diambil di Jalan Pantai Dalam, Kerinci, KL.

Thursday, February 24, 2011

Sekitar Perasmian Kasturi Walk, Central Market




Baru sekarang aku berkesempatan untuk update pasal perasmian Kasturi Walk ni... Dah nak dekat seminggu pergi baru harini dapat update. Secara ringkasnya gambar-gambar kat atas ini adalah disekitar perasmian tersebut.

Perasmian ini dirasmikan oleh Ketua Pengarah DBKL, Y. Bhg. Datuk Hj. Salleh Bin Yusup pada pukul 8.00 mlm. 




Gambar : Diambil Sekitar Kasturi Walk, Central Market KL.

Friday, February 18, 2011

2 in 1....


 Apa yang 2 in 1 ??? ok mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang tidak tahu. Jadi mari sini Wan nak bagitau... Pada sesiapa yang tak dak perancangan nak pergi mana esok boleh lah ke Central Market...

Sebab esok akan berlangsungnya 2 sambutan iaitu Pelancaran Kasturi Walk dan Sambutan Chap Goh Mei. Untuk maklumat lanjut mengenai kedua-dua sambutan tersebut boleh la klik gambar di bawah ataupun boleh layari laman web Central Market





Gambar :  Sumber dari google.

Thursday, February 17, 2011

Allamanda cathartica

Sejenis pokok hiasan yang juga dikenali dengan nama bunga loceng. Bunga dan batang pokoknya yang mempunyai getah beracun boleh mematikan jentik-jentik sekiranya dititikkan getahnya kedalam bekas tempat pembiakkan jentik-jentik tersebut.




Gambar  : Diambil diperkarangan rumah Mak Teh, di Pokok Sena, Kedah.

Wednesday, February 16, 2011

ADA BERANI DIREVIEW??



Soalan 1 :

Kenapa minat untuk review blog ?

Jawapan : Sebab Wan baru nak mula dalam berblog ni.....jadi memerlukan pandangan dan pendapat dari kawan-kawan supaya dapat menambahbaik blog Wan ini.

Memandangkan Wan pun masih baru, jadi mungkin dimasa akan datang kot  Wan wat riview tentang Melayu Frustasi nih...... bleh? :)

KAMI BLOGGER UTAGHA

 ( sila klik gambar diatas untuk maklumat lanjut mengenai KBU )

Hoiiii...hoiiiii ( ala -ala lagu cik mek molek )... baguih sungguh la cik GKSB ni wujudkan KBU ni... buleh la geng-geng utagha ni dapat bertukaq-tukaq pendapat sambil berblog  ni noh...hmmm gud2!

Ok la nak ceqita pnjang pun xdak idea dah Wan... so nak habaq mai la kat smua, Wan asai daqi Kedah... memang piao kedah noh sebab mak n ayah Wan 2 2 kedah sejati...tapi la ni Wan dok kat KL, berkhdmt untuk negara la katakan...

Jadi bagi geng-geng utara tanah air sila la pakat-pakat join beramai-ramai noh......mai memeriahkan suasana!!

Wednesday, February 9, 2011

Terung pipit

Terung pipit. Mungkin ditempat anda ia dikenali dengan nama lain?? Kalau Wan, Wan panggil terung kecik. Dulu masa kecik-kecik, suka ambil buah terung ni buat main tembak-tembak menggunakan senapang bambu dengan sepupu-sepupu kat kampung. Tapi kalau masak sambal ikan bilis dengan terung ni pun sedap!!!.. 


Gambar : Diambil dirumah Kak Mida, Kuala Nerang. 

Monday, February 7, 2011

Hantaran Suci.....

Fulamak!! tajuk tak boleh tahan... SUCI tu...hehe bukan pe, Wan letak suci tu sebab tema hantaran tu warna putih bersih. Tenang aje mata melihat. 



Gambar : Diambil semasa hari pertunangan Cik Isma.

Friday, February 4, 2011

Betul ke buah kundur ni??

Mula -mula Wan tengok buah ni memang confirm la buah kundur, tapi bila tengok daun pokok tu macam pelik pulak. Daun pokok ceri tapi buah, buah kundur. Rupanya ia menjalar disitu..tertipu sudah..hihihi


Gambar : Diambil dirumah Kak Mida, Kuala Nerang.

Thursday, February 3, 2011

Harga sekeping besi karat...


Besi karat! masihkah ada nilainya??.  Jawapannya, terpulang la pada setiap individu itu untuk menilainya. Jika +ve yang kita nilai, +ve la yang kita dapat. Begitulah sebaliknya. 



Gambar : Diambil dibelakang rumah nenek, di Jitra.

Wednesday, February 2, 2011

Bunga apa ni ye? ada sesiapa tahu??

Ada tak sesiapa tahu nama bunga ni?? Kalau ada dapatlah kiranya dikongsikan bersama-sama ye. Wan dah cuba cari tapi tak jumpa. Batang pokok bunga ni ada banyak duri dan bunga dia pun ada macam-macam warna.




Gambar : Diambil diperkarangan rumah Mak Saudara, di Jitra.

Tuesday, February 1, 2011

White Bougainvillea




Gambar : Diambil diperkarangan rumah pada 1/2/2011.