Monday, March 28, 2011

Lihat lah dibawah..


Kekadang kita merasakan diri kita dalam kesusahan hinggakan hidup ini sudah tiada makna lagi. Walaupun ketika itu kita punyai pangkat dan kedudukan ekonomi yang kukuh namun kerana kesilapan diri dan perancangan yang salah menyebabkan sesuatu itu tidak dapat di putar kembali.

Tetapi perlukah kita mengalah ?? Jika hendak dibandingkan kesusahan kita dengan mereka yang tidak punya apa-apa. Yang terpaksa mencari sesuap nasi dengan berbagai cara.

Oleh itu, pandanglah kesusahan mereka yang berada dibawah mu, semoga dikau lebih menghargai hidup ini walaupun terpaksa berkorban kebahagian diri.



Gambar : Google Search

Thursday, March 24, 2011

Sebak tetiba.


Tetiba petang ni aku rasa sebak, sedih dalam hati ni. Tak tahu la sama ada sebab kerja ke, sebab sesuatu ke. Tapi yang pasti kepala aku sangat kusut. Rasa macam nak meraung sepuas-puasnya.




Gambar : Google Search


5 H yang Perlu Ada Dalam Diri Seorang Remaja....









1. Hati
2. Hindari
3. Hampiri
4. Haluan
5. Hajat



Gambar : Google Search



Tuesday, March 22, 2011

Yang terlintas di fikiran...


Merindui kamu....harap aku dapat buat cofee corak-corak macam ni untuk kamu suatu hari nanti IBU. Dalam proses mengasah skill lagi...


Gambar : Google Search

Kapal, Air, Manusia & Dunia..


Manusia dan Dunia ibarat Kapal dan Air...Kapal memerlukan air untuk ia berlayar ditengah laut, namun sekiranya air memasuki kapal tersebut ia boleh menyebabkan kapal tersebut karam ditengah lautan..

Begitu juga manusia, manusia memerlukan dunia untuk melayari hidup sebagai seorang insan. Jadi jangan kita biarkan dunia memasuki dan menenggelamkan kita.

Ini kerana dalam pelayaran seorang manusia terdapat 2 pelabuhan yang menanti, iaitu Syurga & Neraka. Terpulang pada kita pelabuhan yang mana menjadi pilihan kita.

" Renung-Renungkan"


Gambar : Google search

Monday, March 21, 2011

Separuh masa....


Hari ini aku bakal memulakan kerja partime aku...wish me luck.


Gambar : Diambil dari google.

Melakukan perubahan..


Kekadang dalam hidup ini kita perlu melakukan perubahan supaya hidup ini lebih bercorak. Tetapi pastikan perubahan yang dilakukan kearah yang positif. Perubahan yang aku letakkan disini bukan la pasal diri aku, tapi blog jagung aku ni yang ingin aku ubahkan.


Gambar : Dari google 

Wednesday, March 16, 2011

Menenangkan jiwa...

Keluar diawal pagi sabtu tanpa arah tuju selepas pulang dari berjoging, jadi aku pusing-pusing sekitar dataran merdeka bagi menenangkan jiwa dan raga..



Gambar : Diambil di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Wednesday, March 2, 2011

time to go market!!

Bakul plastik beraneka jenis warna dan bentuk yang boleh digunakan untuk pelbagai perkara.




Gambar : Diambl di Padang Besar, Perlis.

Tuesday, March 1, 2011

selaginella uncinata ( paku merak )

Pokok ini boleh mencapai 15cm tinggi dan merebak 60cm lebar..Boleh dijadikan tanaman hiasan bagi landskap.




Gambar : Diambil di Taman Herba, Task Perdana, KL.