Tuesday, December 11, 2012

Aneka Rumah Api

Kali ini aku nak berkongsi beberapa gambar rumah api (lighthouse). Sebelum tu mari kita tengok apa fungsi rumah api ini.

Fungsinya mengikut Wikipedia ialah : menara atau bangunan tinggi bagi membantu ahli pelayaran, juru mudi atau nakhoda kapal di laut untuk belayar dan mendarat dengan selamat. Menara ini dilengkapi dengan sistem lampu atau cahaya api. Biasanya rumah api dibina di kawasan tebing tinggi yang strategik bagi memudahkan kapal dagang datang berlabuh pada waktu malam hari. Rumah api juga boleh membantu menandakan kawasan berbahaya dan dalam pandu arah udara. Kini sistem pelayaran disokong oleh sistem satelit di angkasa lepas.











Rumah Api Iskandariah di Mesir dianggap rumah api tertua di dunia. Ia dibina oleh raja Firaun zaman Mesir Keyunanian. Rumah Api Iskandariah dibina pada 280 BC di atas pulau Pharos di Iskandariah, Mesir sebagai mercu tanda. Tingginya sekitar 135 meter dibina oleh manusia daripada batu-bata. Bagaimanapun Dua gempa bumi pada 1303 dan 1323 telah meruntuhkan bangunan agung ini.

Imej Rumah Api Iskandariah menggunakan grafik komputer
 

p/s : Gambar adalah kiriman Ateeq from email. 
       Maklumat petikan dari Wikipedia.

No comments: